Official Trailer

Misi Menyelamat 12 Kanak-Kanak Yang Terperangkap Menjadi Sukar Dalam Trailer Filem The Cave

Views

Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd. selaku pengedar filem tempatan, bakal mempersembahkan sebuah filem yang diadaptasikan dari kejadian sebenar berjudul The Cave. 

Kejadian yang berlaku pada 23 Jun 2018 di Thailand, The Cave mengisahkan tentang kumpulan bola sepak Wild Boar, yang terdiri daripada 12 orang kanak-kanak berusia 11 hingga 16 tahun, yang terperangkap bersama penolong jurulatih mereka di dalam gua Tham Luang di Chiang Rai. Operasi pencarian dan menyelamatkan mereka menjadi sukar akibat kenaikan paras air di dalam gua itu berikutan hujan lebat.

Filem arahan Tom Waller ini akan menceritakan keadaan sebenar yang berlaku sepanjang kejadian dari prespektif individu-individu yang terlibat dalam operasi menyelamat, termasuklah Jim Warny seorang penyelam yang turut terlibat dalam operasi itu.

The Cave yang telah ditayangkan di Festival Film Busan  dan Thailand, bakal menemui penonton tempatan pada 26 Disember ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks