Official TrailerSiri TV

Misi Ke Marikh Yang Sangat Mencabar Dalam Trailer Siri Netflix AWAY

Views

Netflix telah melancarkan trailer rasmi siri sains fiksyen drama berjudul Away yang menampilkan pemenang Oscar Hilary Swank, dalam misinya ke Marikh dengan dugaan besar apabila terpaksa berjauhan dengan keluarganya selama tiga tahun.

Siri 10 episod ini akan didapati dilaman penstriman Netflix pada 4 September ini. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Dicipta Andrew Hinderaker, Away adalah kisah cinta dan pengorbanan yang epik dan bertentangan dengan usaha terbaik manusia. Di masa hadapan, satu misi ke Marikh telah dilakukan dengan disertai kru angkasawan elit dari Amerika Syarikat, Rusia, China, India, dan Great Britain. Berjauhan dari Bumi dan berada diangkasa, semangat mereka diuji kerana mereka berjuang untuk terus hidup dan kekal dilandasan yang betul untuk mencapai misi terpenting umat manusia.

Hilary Swank memainkan peranan sebagai angkasawan Emma Green dan disertai pelakon seperti Josh Charles, Talitha Bateman, Ato Essandoh, Mark Ivanir, Ray Panthaki dan Vivian Wu.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks