
Hanya tiga bulan selepas musim ketiga memulakan debutnya di platform streaming, DreamWorks Animation, Universal dan Netflix telah melancarkan treler dan poster untuk musim keempat “Fast & Furious: Spy Racers” yang memaparkan kru menuju ke Mexico City untuk memulakan misi baru.
Anda boleh tonton trailer berserta poster dibawah.
The Spy Racers are back – but this time, they are on the run! After being framed for an attack on the agency, the crew find themselves in Mexico City, searching for the true culprit. Buckle up for all new episodes of #FastFuriousSpyRacers speeding to @Netflix on April 16! pic.twitter.com/CN7Iz9B0r3
— DRMWRX (@DRMWRX) March 18, 2021
Buckle up for all new episodes of Fast & Furious: Spy Racers, speeding to @Netflix on April 16th! #FastFuriousSpyRacers pic.twitter.com/LEZNfwU3mQ
— DRMWRX (@DRMWRX) March 18, 2021
Diilhamkan dari francais blockbuster Universal “Fast & Furious“, pemandu remaja Tony Toretto mengikuti jejak langkah sepupunya Dom ketika dia dan rakan-rakannya direkrut oleh agensi rahsia kerajaan untuk menjatuhkan organisasi penjahat di seluruh dunia.
Musim ini, Spy Racers dan Ms. Nowhere dituduh secara salah melakukan jenayah. Mereka memulakan misi berbahaya ke Mexico City untuk membuktikan mereka tidak bersalah dan membawa pelakunya yang sebenarnya ke muka pengadilan Semasa pasukan ini berusaha untuk membongkar identiti penjahat sebenar, mereka mendapati diri mereka diburu oleh ejen super dari agensi yang mengejar mereka.
“Fast & Furious: Spy Racers” disuarakan oleh Tyler Posey, sebagai Tony Toretto, sepupu Dom Torreto yang menjadi pelumba perisik, Camille Ramsey sebagai Layla Gray, pelumba haram terkenal yang bekerja untuk SH1FT3R, Luke Youngblood sebagai Frostee Benson, pakar teknologi muda yang berusia 13 tahun, Charlet Chung sebagai Echo, pakar perisikan, Jorge Diaz sebagai Cisco Renaldo, orang kuat dalam krew Toretto serta Elise Goldsberry sebagai Ms. Nowhere dan Avrielle Corti sebagai Rafaela.
Tim Hendrick dan Bret Haaland menjadi ‘showrunners’ dan juga penerbit eksekutif siri ini, bersama Vin Diesel dan Chris Morgan yang berfungsi sebagai penerbit eksekutif.