Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mireille Enos Berharap Sekuel World War Z Dapat Dihasilkan


World War Z merupakan antara filem zombi terbaik yang pernah dihasilkan. Walaupun filem arahan Marc Forster itu memberi kejayaan komersial kepada Paramount Pictures, perancangan sekuel terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. 

Namun begitu, salah seorang pelakonnya masih berharap filem kedua World War Z dapat dihasilkan. Ketika bercakap dalam podcast The Big Ticket untuk variety, Mireille Enos membincangkan keinginannya untuk kembali membintangi filem World War Z 2 dan berharap sekuelnya dapat dibuat pihak studio. 

We were all lined up to go. We had Fincher, we had a beautiful script and then it just didn’t happen.” 

It seems like such a shame for it not to be made. The first one was so good.

World War Z diterbitkan pada 2013, dan menjadi kejayaan komersial buat Paramount Pictures apabila berjaya mengutip $540 juta dolar seluruh dunia, berbanding kos pembikinan sekitar $190 juta. Walaupun World War Z berbeza dari novel asal karya Max Brooks, ia masih menerima kritikan positif dari pengkritik dan peminat. 


Sekuel World War Z sepatutnya diarahkan David Fincher, namun ia berhadapan dengan beberapa masalah diperingkat produksi seperti skrip yang terpaksa dirombak beberapa kali, serta masalah jadual Brad Pitt dan Fincher. Pada Februari 2019, Paramount dilaporkan membatalkan projek sekuel World War Z disebabkan kos pembikinan yang agak tinggi. 

World War Z mengisahkan tentang bekas pekerja United Nations, Gerry Lane (Brad Pitt), yang perlu pergi ke beberapa negara bagi menyiasat punca asal virus merbahaya yang telah menjangkiti populasi seluruh dunia, dan menukar mereka menjadi zombi. Filem pertama dibintangi Brad Pitt, Mireille Enos, Matthew Fox, Peter Capaldi dan Ruth Negga, serta beberapa pelakon lain. 

 


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee