Slot Tempatan

Mira Filzah Bawa Watak Kembar Dalam Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN

Views

Pelakon terkenal yang juga pengacara, Mira Filzah bakal membawa watak kembar dalam drama bersiri terbaru berjudul Bidadari Kiriman Tuhan arahan Rashid Sibir.

Dalam drama tersebut, dia sekali lagi digandingan dengan pelakon Zul Ariffin selepas mereka bekerjasama dalam filem aksi Sangkar.

Bidadari Kiriman Tuhan akan berkisarkan tentang pasangan kembar, Manis & Manja yang bercinta dengan Cikgu Yusof. Mira akan memainkan watak kembar sebagai Manis Suhaila dan Manja Suhana.

Penggambaran drama tersebut dilaporkan telah selesai, dan Mira telah kongsikan gambar bersama krew produksi di laman Instagram serta video teaser kepada peminat.

"Alhamdulillah, it's a wrap for Manis dan Manja! (4.27 A.M). Pertama kali bawa dua watak kembar dan salah seorang pula ada autism. Berdebar pula menantikan tayangannya di TV!

"Kini hanya tinggal babak terakhir untuk watak Mak dan Nenek, selepas itu Mak dan Nenek pun habis! Alhamdulillah, syukur, Allah permudahkan segala urusan penggambaran," tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Selain Mira dan Zul, drama bersiri itu akan menampilkan barisan pelakon lain seperti Ruminah Sidek, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Fauziah Nawi, Maisara Sufia dan Ruzaidi Abd Rahman.

Bidadari Kiriman Tuhan bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD tidak lama lagi.

Terdahulu, Mira pernah membintangi drama bersiri berjudul Lelaki Kiriman Tuhan arahan Rashid Sibir, di mana dia digandingkan dengan Remy Ishak, yang juga pelakon filem Sangkar.

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks