Tarikh Tayangan: July 10, 2015
Pengarah: Pierre Coffin dan Kyle Balda
Penulis Skrip: Brian Lynch
Penerbit: Chris Meledandri dan Janet Healy
Pelakon: Pierre Coffin, Sandra Bullock, Jon Hamm, Michael Keaton, Allison Janney dan Steve Coogan
Syarikat Produksi: Illumination Entertainment
Edaran: Universal Pictures
Budget: $74juta
Boxoffice: $416.4 juta
Sinopsis:
Filem prequel ini mengisahkan sekumpulan minions yang mencari ketua mereka yang paling bijak, jahat, kejam dan keji. Namun setiap kali mereka berjumpa dengan tuan yang baru, pasti tuan mereka akan mendapat musibah sehinggalah kumpulan Minions tersebut tidak bertuan dan tinggal didalam Gua ais Batu.
Melihat kumpulan Minions menjadi tidak bersemangat dan putus harapan, Kevin bersama – sama Bob dan Stuart menawarkan diri untuk mencari Bos yang baru. Disini bermulalah pengembaraan 3 minion tersebut mencari tuan yang baru.
Dalam pengambaraan mencari tuan baru, mereka berjumpa dengan Scarlett Overkill di festival Villian-Con, tempat perhimpunan penjahat seluruh dunia. Disitu Scarlett Overkill telah mengambil mereka bertiga untuk dijadikan konco – konconya. Tetapi, adakah Scarlett Overkill tuan yang sesuai untuk Minions atau dia terlampau jahat? ataupun nasib Scarlett seperti nasib tuan Minions sebelum ini?
Review
Jika anda pernah melihat filem Despicable Me pasti anda rasakan yang filem tersebut lagi bagus dari filem Minions. Filem ini sedikit bosan, ditambah pula dengan penggunaan bahasa asing yang terlampau kerap mengurangkan sentiment humor dalam filem tersebut.

Tidak dinafikan minions sangat comel dan kelakar bagi orang dewasa, tetapi sebenarnya filem ini hanya sesuai untuk ditonton oleh kanak – kanak. Element humor juga sedikit kurang berbanding dalam filem Despicable Me malah terdapat beberapa jenaka dalam beberapa babak filem ini hanya boleh difahami oleh orang dewasa.
Filem ini hanya menghiburkan pada 20 minit pertama dan 10 minit yang terakhir, selebihnya anda hanya akan melihat watak cute minion bercakap dalam bahasa tak difahami dengan perasaan sedikit mengantuk.