Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mine” Capai Rating Tertinggi Setakat Ini

Rating drama tvN Mine telah melonjak ke tahap tertinggi setakat ini.

Menurut Nielsen Korea, episod terbaru drama tersebut telah merekodkan purata rating sebanyak 9.5 peratus, sekaligus menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua rangkaian kabel, serta mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Sementara itu, episod kedua drama TV Chosun Love (ft. Marriage and Divorce) 2 menyaksikan sedikit peningkatan berbanding episod perdana dengan merekodkan purata rating sebanyak 5.1 peratus.

Selepas mencapai rating tertinggi dalam sejarah rangkaian MBN, rating drama Bossam: Steal the Fate nampaknya sedikit menurut apabila episod terbaru mencatatkan purata rating sebanyak 8.0 peratus. 

Akhir sekali, drama KBS 2TV Revolutionary Sisters terus mengekalkan penguasaannya dengan menjadi program televisyen yang paling penonton di semua saluran pada siaran hari Ahad. Episod terbaru sekali lagi berjaya melepasi angka 30 peratus dengan mencatatkan purata rating sebanyak 28.4 peratus dan 31.5 peratus untuk dua bahagiannya. 

Mine boleh di strim di Netflix.

Sumber: Soompi

Related posts

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

Leave a Comment