Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mine” Berakhir Dengan Rating Tertinggi

Drama tvN Mine telah menamatkan rancangannya dengan mencapai penilaian tertinggi sepanjang tayangan. Episod finale drama 16-episod itu telah merekodkan purata rating sebanyak 10.5 peratus, menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel dan mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Mine juga mendapat tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran – termasuk rangkaian penyiaran awam – dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan memperoleh penilaian purata 4.5 peratus.

Sementara itu, rating drama KBS 2TV Revolutionary Sisters melonjak ketahap tertinggi setakat ini. Episod terbaru drama popular itu mendapat penilaian purata sebanyak 29.6 peratus dan 32.5 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus mencipta rating tertinggi untuk siri ini.

Drama TV Chosun Love (ft. Marriage and Divorce) 2 turut mencapai penilaian tertinggi untuk musim ini. Episod terbaru drama tersebut telah merekodkan purata rating sebanyak 7.0 peratus. 

Akhir sekali, drama MBN Bossam: Steal the Fate menyaksikan sedikit penurunan dengan episod terbaru merekodkan purata penilaian sebanyak 7.7 peratus. 

Related posts

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Leave a Comment