Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Minari” Menangi Dua Trofi Di ’26th Critics Choice Awards’


Filem Korea/Amerika terbitan A24 dan Plan B Entertainment, “Minari” berjaya membawa pulang dua trofi di majlis anugerah ‘Critics Choice Awards’ ke-26.

“Minari” telah dicalonkan dalam 10 kategori secara keseluruhan, dan berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik dan Pelakon Muda Terbaik, yang dimenangi pelakon kanak-kanak Alan Kim. 

Critics Choice Awards merupakan acara penyampaian anugerah bagi meraikan beberapa filem dan televisyen terbaik. 

Dalam ucapannya, Alan Kim menangis dan berterima kasih kepada para pengkritik, keluarganya, pasukan produksi, rakan-rakannya, dan banyak lagi. “Adakah ini mimpi?” katanya, yang merupakan antara pelakon dalam filem itu. “Saya harap ini bukan mimpi,” tambahnya, sebelum menyampaikan rasa terima kasihnya dalam bahasa Korea.

“Minari” diarahkan oleh Lee Isaac Chung dan dibintangi Steven Yeun, Han Ye Ri, Alan Kim, Noel Kate Cho, Youn Yuh Jung, serta Will Patton. Berdasarkan pengalaman hidup sebenar pengarah, filem ini adalah mengenai keluarga pendatang Korea Selatan yang cuba memulakan kehidupan baru di luar bandar Amerika pada tahun 1980-an.


Persembahan Alan Kim sebagai David, anak bongsu kepada sebuah keluarga dalam “Minari”, telah membolehkannya menerima anugerah dari persatuan pengkritik filem di Washington D.C., Seattle, dan Las Vegas, serta penghargaan dari Gold List. Pelakon muda itu juga akan membintangi filem terbaru A24, “Latchkey Kids.”

“Minari” juga telah dianugerahkan trofi Filem Terbaik Dalam Bahasa Asing di majlis anugerah Golden Globes ke-78 yang berlangsung baru-baru ini. Para pelakonnya juga telah dicalonkan dalam tiga kategori di Screen Actor Guild Awards ke-27 yang akan berlangsung 4 April ini. Selain itu, Youn Yuh Jung telah memenangi 30 anugerah untuk persembahannya dalam “Minari” dari persatuan pengkritik filem dan banyak lagi.

Tahun lalu, “Parasite” telah menerima anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik di Critics Choice Awards, dan berjaya membawa pulang empat trofi dari Academy Awards. Jika dilihat prestasi “Minari” di beberapa anugerah antarabangsa, tidak mustahil filem itu mampu memberi saingan sengit dalam perlumbaan Oscar tahun ini. 

Sumber: Soompi


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee