Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Millie Bobby Brown Sertai Barisan Pelakon Filem Marvel, The Eternals


Bintang siri televisyen Stranger Things, Millie Bobby Brown dilaporkan menyertai barisan pelakon filem terbaru Marvel The Eternals. Bagaimanapun, karakter yang bakal dibawa pelakon remaja tersebut masih lagi tidak diketahui.

Sebelum ini, aktres Angelina Jolie serta aktor Kumail Najiani, Richard Madden dan pelakon terkenal Korea, Ma Dong-seok turut dilaporkan akan membintangi filem mengenai karakter komik Marvel Eternals.

Salma Hayek juga dikaitkan dengan filem The Eternals, namun perkembangan lanjut mengenai penglibatan bintang filem The Hitman’s Bodyguard itu dalam filem The Eternals masih lagi tidak diketahui. Tetapi terdapat ura-ura mengatakan, Hayek mungkin akan memainkan peranan sebagai Thena jika dia sah membintangi filem ini dan karakter tersebut ada dalam skrip The Eternals.

Jolie dikaitkan dengan karakter Sersi, superheroin The Eternal dalam komik Marvel, manakala Richard Madden pula dikaitkan dengan karakter Ikaris. Sementara itu, karakter yang bakal dilakonkan Najiani dan Ma Dong-seok setakat ini masih lagi tidak diketahui.

Filem The Eternals berdasarkan dari karakter komik Marvel, Eternals yang dicipta legenda komik, Jack Kirby pada tahun 1976. Eternals merupakan bangsa purba yang dicipta jutaan tahun dahulu oleh entiti kosmik yang dikenali sebagai Celestials.


Chloe Zhao akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew dan Ryan Firpo. Setakat ini, tiada tarikh tayangan rasmi diberikan kepada filem The Eternals, tetapi berkemungkinan besar akan memulakan produksinya pada penghujung tahun ini.

Sumber: Variety

Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee