Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Milla Jovovich & Tony Jaa Bersedia Untuk Bertarung Dalam Poster Terbaru MONSTER HUNTER

Sony Pictures telah melancarkan dua poster terbaru Monster Hunter yang menampilkan Milla Jovovic dan Tony Jaa bersedia untuk bertarung dengan paparan senjata masing-masing. Anda boleh saksikan poster individu tersebut dibawah.

Jovovich akan memainkan peranan sebagai Lieutenant Artemis dan akan mengunakan Great Sword ‘The Giant Jawblade’ manakala Tony Jaa sebagai The Hunter yang mengunakan busur Great Hunter. Dalam poster tersebut, kedua-dua karakter itu berada di kawasan persekitaran yang kelihatan seperti padang pasir.


Monster Hunter diinspirasikan dari permainan video popular keluaran Capcom, dan plotnya dikatakan akan berbeza dari permainan video. Dalam filem tersebut, Artemis dan pasukan tentera elitnya dibawa ke kawasan yang penuh dengan rasaksa merbahaya. Dia dan unitnya akan bekerjasama dengan pemburu misteri (Jaa) dimana mereka semua cuba untuk menewaskan kesemua raksasa dan keluar dari kawasan tersebut.

Filem adaptasi permainan video itu diarahkan oleh Paul W.S. Anderson (Mortal KombatResident EvilEvent Horizon). Anderson turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Robert Kulzer, Martin Moszkowicz, Jeremy Bolt, dan Dennis Berard.

Pemburuan raksasa akan bermula pada 4 September 2020.

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment