Sudah menjadi trend dalam industri perfileman Hollywood untuk mengambil kartun-kartun yang popular pada zaman 80-an dan dijadikan filem Live-action. Antaranya Transformers, G.I. Joe, Jem, Teenage Mutant Ninja Turtles dan The Smurfs. Terbaru, He-Man juga sedang aktif  untuk menghasilkan filem dan kebarangkalian filem live action ThunderCats juga akan dihasilkan tidak lama lagi.
Filem ThunderCats sebenarnya telah di cadangkan untuk dihasilkan filem namun, progress filem berkenaan terhenti seketika, namun peminat tetap menaruh harapan untuk filem tersebut direalisasikan. Malah terdapat juga peminat sudah berkira-kira siapakah aktor yang mereka mahukan untuk berlakon dalam filem live action ini.Â
Namun, berita terbaru mengatakan bahawa projek filem ThunderCats akan disambung dan berita tersebut telah sampai ke telinga aktor yang berminat terlibat dengan projek filem live action tersebut,
Baru-baru ini, bintang filem Resident Evil, Milla Jovovich telah memberitahu dalam wawancara bersama WGTC bahawa dia mendengar khabar yang filem ThunderCats akan difilemkan dan dia menyatakan hasrat untuk membawa salah satu watak dalam filem tersebut iaitu Cheetara.
Sebelum ini, Ed Skrein (Deadpool) juga turut menyatakan hasrat berminat untuk membawa watak Panthro atau Lion-O
Siri animasi ThunderCats begitu popular pada era 80an dan 90an  dan telah menghasilkan siri sebanyak 130 episod. Kemudian, pada 2011, siri kartun tersebut diterbitkan semula di Cartoon Network tetapi hanya mampu bertahan selama satu musim sahaja.
Setakat ini, tiada maklumat terbaru mengenai filem ini, cuma dikhabarkan Michael Bay berminat untuk menjadi penerbit filem ini. Selepas daripada itu, tiada update terbaru mengenai filem live-action ini. Kami akan update kepada anda mengenai filem ini sekiranya terdapat berita-berita terbaru.
So kepada peminat ThunderCats, agak-agak filem live-action ini sukses tak seperti filem-filem yang seangkatan dengannya?