Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Milla Jovovich Bintangi Filem Adaptasi Permainan Video Berjudul Monster Hunter

Aktres Milla Jovovich dilaporkan akan menjadi teraju utama untuk filem terbarunya yang berjudul Monster Hunter. Filem berkenaan merupakan sebuah filem yang diadaptasikan dari sebuah permainan video berjudul sama.

Filem ini menyaksikan beliau akan kembali bekerjasama dengan pengarah Paul W.S. Anderson yang juga merupakan suaminya serta penerbit Jeremy Bolt dari studio Constantin Film.

Monster Hunter dijadual akan memulakan penggambarannya pada September ini dengan kos pembikinan sebanyak $60 juta dollar.

Ini bukan pertama kali Milla Jovovich membintangi filem adaptasi permainan video. Beliau sebelum ini pernah membintangi filem adaptasi yang cukup terkenal iaitu Resident Evil. 

Sementara itu, pengarahnya Paul W.S. Anderson membayangkan akan menggunakan acuan yang sama sepertimana mereka menghasilkan filem Resident Evil sebelum ini.

“There are no real central characters so it’s a bit like when we first approached Resident Evil and imposed our own characters and story on that world, I think this is a perfect IP for us to do exactly that same thing again.”

Permainan video Monster Hunter mula diperkenalkan pada tahun 2014 oleh pembangun permainan video Capcom. Selain komputer, permainan ini turut dihasilkan dalam platform Playstation, XBox, Nintendo dan juga IOS. Permainan video Monster Hunter tidak mempunyai jalan cerita dan permainannya sangat mudah dengan hanya memburu raksasa dan mempertingkatkan karakter pemain.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment