Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Milla Jovovich Akan Membintangi Filem Reboot Hellboy

Filem reboot Hellboy akan menambah seorang lagi bintang dalam filem tersebut apabila dilaporkan aktres yang membintangi franchise Resident Evil, Milla Jovovich dilaporkan dalam fasa akhir perbincangan dan seterusnya turut menyertai senarai pelakon filem tersebut.

Menurut laporan Deadline, Milla Jovovich akan membawakan watak villain iaitu The Blood Queen. Filem Hellboy akan datang berjudul Rise of The Blood Queen, merujuk kepada watak villain yang dibawakan oleh aktres tersebut.

Sehingga kini, hanya dua aktor yang disahkan membintangi filem Hellboy iaitu David Harbour yang akan membawakan watak Hellboy dan Ian McShane yang akan membawakan watak Trevor Broom.

Hellboy akan diarahkan oleh Neil Marshall dan akan memulakan pengambaran di UK dan Bulgaria pada bulan ini serta dijangka akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

 

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee