Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Miki Ishikawa, Desmond Chiam Bintangi Siri Falcon & The Winter Soldier

Siri Disney+ Falcon and the Winter Soldier dilaporkan menambah dua lagi pelakon iaitu Miki Ishikawa dan Desmond Chiam. Bagaimanapun, watak kedua-dua pelakon tersebut masih belum didedahkan pihak studios.

The Falcon and The Winter Soldier dibintangi Anthony Mackie dan Sebastian Stan yang akan membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier.

Mereka akan disertai pelakon Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter serta pendatang baru dalam dunia MCU, Wyatt Russell yang memainkan peranan sebagai U.S Agent.

Setakat ini, plot masih lagi tidak diketahui, tetapi menurut penulis Derek Kolstad, siri ini akan memiliki aura seperti francais John Wick.

The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod dan akan disiarkan di Disney+ mulai Ogos tahun hadapan.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment