Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Mike & Marcus Kembali Beraksi Dalam Klip Filem Bad Boys For Life

Sony Pictures melancarkan klip filem terbaru filem aksi komedi Bad Boys for Life yang menyaksikan Mike dan Marcus kembali beraksi. Anda boleh saksikan klip filem tersebut dipemain video dibawah.

Bad Boys for Life menyaksikan Will Smith dan Martin Lawrence kembali ke layar perak sebagai Detective Mike Lowrey dan Marcus Burnett. Filem kali ini mengisahkan tentang Jabatan Polis Miami dan pasukan elit AMMO yang bekerjasama untuk menumpaskan Armando Armas, ketua kartel dadah.

Advertising

Turut kembali dalam filem ini adalah Joe Pantoliano yang memainkan peranan sebagai Captain Howard, Theresa Randle sebagai Theresa, isteri Marcus. Manakala pelakon-pelakon baru terdiri daripada Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Charles Melton, Jacob Scipio dan DJ Khaled.

Adil El Arbi dan Bilall Fallah mengarahkan filem ketiga Bad Boys berdasarkan skrip yang ditulis oleh Peter Craig, Joe Carnahan dan Chris Bremmer. Jerry Bruckheimer kembali sebagai penerbit bersama-sama Doug Belgrad, Will Smith, Barry Waldman, Mike Stenson, Chad Oman dan James Lassiter.

Bad Boys for Life akan ditayangkan pada 17 Januari 2020.

Advertising

Related posts

[TRAILER] Siri Terbaru Netflix “Shadow and Bone” Akan Ditayangkan April Ini.

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Terakhir & Poster Karakter “Pacific Rim: The Black”

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Pertama “Love Alarm” Musim Kedua

Zulaikha

Tonton Teaser Pertama “Army of the Dead” Arahan Zack Snyder

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman