Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mike Flanagan Ingin Hasilkan Sekuel Doctor Sleep Yang Memberi Fokus Pada Watak Abra

Walaupun sekuel The Shining, Doctor Sleep dianggap antara filem seram terbaik tahun ini, filem arahan Mike Flanagan itu tidak bernasib baik dipentas box office apabila hanya meraih $70 juta dolar seluruh dunia.

Bagaimanapun Flanagan tidak berputus asa dan berharap agar filem tersebut diberi sekuel yang memberi fokus kepada karakter utamanya, Abra Stone.

Ketika bercakap kepada wartawan Den of Geek, Flanagan mendedahkan bahawa telah berbincang dengan penulis Doctor Sleep, Stephen King tentang potensi sekuel dan berharap dapat menghasilkan sekuel dimasa akan datang.

“Sudah tentu” ujarnya kepada Den of Geek.

“Saya akan menyukainya. Dan ketika saya bertemu dengan Stephen King, saya bertanya kepadanya seperti ini, ada lagi? Adakah anda mempunyai apa-apa lagi untuk Abra Stone? kerana saya merasakan dia begitu hebat. Dan dia membiarkannya terbuka. Beliau berkata, anda tahu, dia tidak memikirkannya sebelum ini, tetapi orang-orang pernah bertanya soalan seperti ini yang membuatkanya menulis ‘Sleep Doctor.’ Dia mula berfikir tentang Dan. “

Doctor Sleep meneruskan cerita mengenai Danny Torrance, 40 tahun selepas pengalaman menakutkan semasa tinggal di Hotel Overlook dalam filem The Shinning. Ewan McGregor memainkan peranan utama sebagai Danny dan dia disertai Rebecca Ferguson yang memainkan peranan antagonis, Rose the Hat serta Kyliegh Curran sebagai Abra Stone dalam filem seram thriller itu.

Mike Flanagan turut bertindak selaku penulis skrip berdasarkan novel karya Stephen King.

Kepada peminat-peminat filem Stephen King, adakah anda rasa sekuel Doctor Sleep patut dihasilkan? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment