Berita

Michelle Yeoh Dilaporkan Bakal Sertai Barisan Pelakon SHANG-CHI

Views

Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan bakal menyertai barisan pelakon filem terbaru Marvel, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, lapor portal Comic Book baru-baru ini. Ini merupakan karakter MCU kedua pelakon yang berasal dari Ipoh, Perak itu selepas membuat debut sebagai Aleta Ogord dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2

Yeoh dikenali menerusi beberapa watak filem ikoniknya seperti Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of Geisha dan filem romantik komedi terbaru Crazy Rich Asian. Dia juga bakal muncul dalam filem sekuel arahan James Cameron, Avatar dan filem aksi thriller Gunpowder Milkshake disamping beberapa pelakon lain seperti Karen Gillan dan lena Headey.

Filem pertama adiwira Marvel Asia ini dibintangi pelakon Simu Liu sebagai Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin dan Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui). Destin Daniel Cretton akan mengarahkan filem ini, manakala skrip ditulis oleh Dave Callaham. Filem ketiga Fasa 4 MCU ini akan mengisahkan tentang Shang-Chi yang akan menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings.

BACA:  Kevin Hart, Jason Statham Bakal Bergandingan Dalam Filem Aksi Komedi

Penggambaran dijangka bermula pada tahun ini di Australia dan dijadualkan tayangannya pada 12 Februari 2021.

Tinggalkan Balasan

shares