Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Michelle Yeoh Akan Berkahwin Tidak Lama Lagi


22-f1-italian-gp-jean-todt-michelle-yeoh

AKTRES Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya memberitahu sudah bersedia untuk berkahwin dengan tunangnya, Jean Todt dalam masa terdekat.

Michelle yang berusia 52 tahun memberitahu dalam satu temubual, sebelum ini mereka terpaksa menangguhkan perkahwinan tersebut selepas bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik meninggal dunia tahun lalu akibat sakit tua.

“Bapa saya meninggal dunia pada akhir tahun lalu jadi bagi menghormati pemergiannya kami perlu menunda perkahwinan.

“Kini kami merasakan sudah sampai masanya untuk berkahwin dan perkara itu akan dimaklumkan kepada semua,” katanya.

Dalam pada itu, Michelle memberitahu mereka masih belum membuat keputusan berhubung lokasi perkahwinan itu bakal diadakan.

Bagaimanapun kata bintang filem Crouching Tiger, Hidden Dragon itu, beliau berharap dapat mengadakan majlis sederhana di Malaysia dan Hong Kong.

Michelle dan Jean, 69, yang juga Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengikat tali pertunangan sejak tahun 2005.



Related posts

[TRAILER] Michelle Yeoh, Sophia Brown Terajui Siri Prekuel “The Witcher: Blood Origin”

Kakimuvee

Michelle Yeoh Imbas Kembali Sebab Dia Kehilangan Peranan Dalam “Kill Bill”

Kakimuvee

Dari Hong Kong Ke Hollywood, Ini Pelakon Malaysia Yang Pernah Membintangi Filem Luar Negara

Kakimuvee

The Many Malaysian Faces on Netflix

Zulaikha

6 Shows Starring Our Very Own Michelle Yeoh You Should Watch on Netflix

Is Mohd

Michelle Yeoh Sertai “The Witcher: Blood Origin” Sebagai Scían

Kakimuvee