Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michelle Williams Kembali Sebagai Anne Weying Dalam Filem Sekuel Venom


Dalam temubual terbaru bersama Yahoo, bekas pemenang anugerah Golden Globe Michelle Williams mengesahkan dirinya akan kembali membawakan watak Anne Weying dalam filem sekuel Venom terbitan Sony.

Aktres tersebut meluahkan keterujaannya kembali membintangi filem anti-hero itu dibawah pengarahan Andy Serkis.

“Saya seorang peminat Andy, dan saya sangat terinspirasi oleh apa yang dia dapat lakukan. Dia begitu berbakat dengan cara yang khusus, dan saya sangat teruja untuk belajar dari dia dan berada di sekelilingnya.”

Williams sekali lagi akan bergandingan dengan Tom Hardy yang akan meneruskan peranan sebagai Eddie Brock / Venom.

Selain aktif dalam bidang lakonan, Serkis juga merupakan seorang pengarah. Dia pernah terlibat dalam kerja-kerja pengarahan apabila menjadi pengarah unit kedua trilogi The Hobbit. Dia juga telah membuat penampilan pertama sebagai pengarah penuh menerusi filem Breath (2017) dan filem kedua iaitu Mowgli: Legend of the Jungle yang ditayangkan di Netflix tahun lepas.


Venom berjaya mencatatkan kutipan luarbiasa iaitu sebanyak $855 juta dolar seluruh dunia walaupun menerima respon negatif dari para pengkritik. Filem tersebut telah memperkenalkan watak Cletus Kasady aka Carnage lakonan Woody Harrelson semasa penghujung filem dan dijangkakan watak antagonis itu akan membuat penampilan penuh dalam filem kedua akan datang.

Penggambaran dijangka akan bermula tidak lama lagi, dan tarikh tayangan telah ditetapkan pada 2 Oktober 2020.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee