Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michelle Monaghan Kembali Dalam Mission Impossible 6

Filem sekuel keenam franchise Mission: Impossible, bakal menampilkan sedikit kelainan berbanding filem-filem sebelum ini. Menurut pengarah Chris McQuarrie, filem kali ini dikatakan akan menceritakan perjalanan hidup karakter Ethan Hunt (Tom Cruise) yang penuh emosi dan berbeza berbanding 5 filem terdahulu.

Ya! mungkin filem ini akan banyak menunjukan drama dan konflik yang berlaku pada karakter Ethan Hunt apabila salah seorang muka lama filem Mission: Impossible, Michelle Monaghan disahkan akan turut berlakon dalam filem kali ini. Aktres tersebut akan memainkan wataknya sebagai bekas isteri kepada Ethan, Julia Meade

Michelle Monaghan membuat kemunculan pertama dalam filem Mission: Impossible 3 dan muncul sebagai cameo Mission: Impossible – Ghost Protocol. Dalam filem sebelum ini, Ethan dan isterinya terpaksa berpisah kerana mahu memastikan keselamatan isteri dari dijadikan tebusan oleh musuh-musuh Ethan.

Tetapi dalam filem Mission: Impossible – Ghost Protocol, terdapat babak yang menceritakan kisah isteri Julia dibunuh oleh pengganas. Mungkin filem Mission: Impossible 6 Julia Meade mungkin muncul dalam babak-babak flashback atau sebaliknya.

Michelle Monaghan berkongsi gambar pertamanya di set pengambaran Mission Impossible 6 dengan caption yang berbunyi “Mission accepted”

Mission Impossible 6 bakal menampilkan:

Pengarah: Chris McQuarrie
Tom Cruise sebagai Ethan Hunt
Rebecca Ferguson sebagai Ilsa Faust
Ving Rhames sebagai Luther Stickell
Simon Pegg sebagai Benji Dunn
Alec Baldwin sebagai Alan Hunley
Sean Harris sebagai Solomon Lane
Henry Cavill (watak tidak diketahui lagi)
Angela Bassett (watak tidak diketahui lagi)
Vanessa Kirby (watak tidak diketahui lagi)
Sian Brooke (watak tidak diketahui lagi)
Frederick Schmidt (watak tidak diketahui lagi)
Michelle Monaghan sebagai Julia Meade

.. dan akan ditayangkan pada 27 Julai 2018

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment