Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Rooker Tidak Berminat Untuk Teruskan Watak Yondu


Kematian Yondu di filemĀ Guardians of the Galaxy Vol. 2 adalah momen terbesar, dan yang paling diingati dalam keseluruhan Marvel Cinematic Universe. Dengan itu, tidak hairanlah bila kita mengetahui bahawa pelakon Michael Rooker tidak lagi berminat untuk teruskan wataknya itu.

Semasa wawancara dengan Michael Rosenbaum baru-baru ini, Rooker menjelaskan mengapa kematian wataknya telah menutup pintu keatas kemunculannya sebagai Yondu dalam filem MCU dimasa depan.

“No way, I’m dead. I’m dead. My character is dead,”

“I would play something else, I wouldn’t mind. I would play something else, but why would I want to play Yondu? Yondu had a wonderful…amazing sendoff that you would ever want in cinematic Marvel history. My god, dude, why do you want to spoil that by bringing the character back now?”

Walaupun tidak mahu menuruskan watak Yondu, aktor tersebut menyatakan bahawa dia masih berminat untuk muncul dalam MCU dengan membawa watak lain. Selain itu juga, Rooker turut bersetuju dengan komen pengarah James Gunn yang mengatakan kemunculan semula Yondu dalam MCU akan mensia-sia pengorbanannya.


Dalam filemĀ Guardians of the Galaxy Vol. 2,Ā Yondu telah mengorbankan nyawanya demi Peter Quill, dan adegan tersebut merupakan antara momen paling sedih dalam Marvel Cinematic Universe. Jadi kepada para peminat MCU, apa pendapat anda dengan karakter Yondu, adakah patut diwujudkan kembali atau kekalkan kematiannya. kongsikan pendapat anda.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee