Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Rooker Mahu Bintang The Walking Dead Sertai Marvel

Aktor yang melakonkan watak Yondu dalam filem superhero Marvel, Guardians of the Galaxy, Michael Rooker telah menyuarakan keseronokannya sekirannya dapat berkerjasama dengan salah seorang pelakon siri televisyen terkenal, The Walking Dead dalam filem Guardians of the Galaxy akan datang.

Bintang yang dimaksudkan oleh pelakon terbabit ialah Norman Reedus. Norman Reedus adalah pelakon yang membawakan watak paling “kool” dalam siri televisyen zombie iaitu Daryl Dixon. Daryl adalah antara watak yang paling diminati peminat-peminat The Walking Dead malah Michael dan Norman Reedus pernah berlakon bersama-sama dalam siri tv terbait dengan membawakan watak adik beradik Dixon yang mana Michael memegang watak Merle Dixon, abang kepada Daryl dalam siri The Walking Dead sehingga musim ketiga.

Tidak seperti Daryl yang wataknya masih hidup sehingga musim akan datang The Walking Dead, watak Merle telahpun ditamatkan pada musim ketiga apabila ia dibunuh oleh The Governor.

Populariti Norman Reedus meningkat mendadak sejak lakonannya sebagai Daryl dalam siri TV berkenaan memberi impak yang besar kepada para penonton. Malah menurut Michael Rooker dia seronok berlakon bersama aktor terbabit dalam semasa pengambaran The Walking Dead yang lalu dan berharap mereka berdua dapat berlakon bersama-sama dalam filem Guardians of the Galaxy akan datang.

Namun, keputusan untuk membawa masuk bintang The Walking Dead itu menyertai Marvel Cinematic Universe bergantung kepada keputusan pihak studio dan jadual pengambaraan pelakon terbabit. Apapun kami juga berminat melihat Norman Reedus berlakon dalam mana-mana filem Marvel khususnya Guardians of the Galaxy. Mungkin kita berpeluang melihat Norman membawa senjata lain selain dari busurnya dalam The Walking Dead.

Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan ditayangkan di Malaysia pada 27 April ini manakala The Walking Dead akan kembali pada Oktober 2017.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment