Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Michael Rooker Dalam Trailer Antarabangsa Fantasy Island


Sony Pictures telah melancarkan trailer antarabangsa filem seram thriller, Fantasy Island. Trailer terbaru itu bukan sahaja memaparkan beberapa rakam terbaru, malah turut memperkenal karakter mister lakonan Michael Rooker. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

Fantasy Island berkisarkan tentang Mr. Roarke yang membuatkan segala impian rahsia pengunjungnya di resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropikal terpencil menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia tidak seindah yang disangka apabila fantasi berubah menjadi mimpi ngeri. Untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung-pengunjung tersebut perlu menyelesaikan misteri pulau itu terlebih dahulu.

Filem ini diarahkan oleh Jeff Wadlow berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Chris Roach dan Jillian Jacobs. Jason Blum akan bertindak selaku penerbit menerusi syarikat penerbitannya, Blumhouse Production. Wadlow dan Ryan Turek bertindak selaku penerbit eksekutif dan Matt Milan mewakili Sony Pictures.

Turut menyertai barisan pelakon adalah  Lucy Hale (Truth or Dare), Jimmy O. Yang (Silicon Valley), Charlotte McKinney (Flatliners, Baywatch), Parisa Fitz-Henley (Luke Cage, Jessica Jones), Austin Stowell (Catch 22), Maggie Q (Divergent film franchise), Portia Doubleday (Carrie), dan Ryan Hansen (Friday the 13th).

Fantasy Island akan menemui penonton pada 27 Februari 2020



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee