Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Rooker Bintangi Filem Fast & Furious 9


Bintang filem Guardians of the Galaxy, Michael Rooker disahkan telah menyertai barisan pelakon filem Fast & Furious 9 terbitan Universal dengan memainkan peranan sebagai Buddy.

Rooker akan menyertai Vin Diesel yang akan memainkan peranan utama bersama-sama pelakon asal, seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, dan Ludacris. Filem ini turut Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan memainkan peranan mereka dalam Fate of the Furious¬†serta John Cena yang menggantikan tempat Dwayne ‚ÄúThe Rock‚ÄĚ Johnson.

Filem kesembilan francais¬†Fast and Furious¬†akan datang tidak disertai pelakon Dwayne ‚ÄúThe Rock‚ÄĚ Johnson disebabkan pelakon tersebut terlibat dengan projek spin off¬†Hobbs & Shaw.¬†

Fast and Furious 9 sepatutnya ditayangkan pada 19 April yang lalu, tetapi terpaksa ditukar tarikh ke 22 Mei 2020 bagi memberi laluan filem Hobbs & Shaw yang akan ditayangkan pada 2 Ogos tahun ini.

Pengarah Justin Lin akan kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem awal Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam. Dan Casey bertindak selaku penulis skrip berdasarkan cerita dari Lin.



Related posts

Jessica Rothe Kongsi Kemaskini ‘HAPPY DEATH DAY 3’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Justin Lin Berundur Dari Kerusi Pengarahan “Fast X”

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee