Michael Peña Bintangi Filem Tom and Jerry

138
views

Bintang filem Ant-Man and the Wasp, Michael Peña bakal menyertai Chloë Grace Moretz dalam filem terbaru yang diadaptasikan dari kartun klasik Tom and Jerry.

Chloë Grace Moretz akan membawakan watak Kayla. seorang pekerja baru disebuah hotel. Dia terpaksa mengupah Tom, seekor kucing semata-mata untuk menghalau seekor tikus yang bernama Jerry demi menyelamatkan pekerjaannya. Manakala Michael Peña akan membawakan watak Terrance yang merupakan penolong pengurus yang suka membuli Kayla.

Tim Story akan mengarahkan filem ini dan turut menjadi penerbit bagi pihak Warner Bros. Manakala skrip ditulis oleh Katie Silberman, April Prosser dan Kevin Costello. Filem ini akan bercampur dengan suasana dan latarbelakang sebenar dengan karakter yang dijanakan dengan bantuan komputer (CGI).

Filem ini akan ditayangkan pada 16 April 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here