Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Michael Myers Kembali Dalam Trailer “Halloween Kills”

Trailer rasmi Halloween Kills telah dilancarkan 24 Jun yang lalu, memaparkan keganasan Michael Myers yang bertarung dengan wajah yang dikenalinya dari filem Halloween sebelumnya. Filem seram ini dibintangi pelakon seperti Jamie Lee Curtis, Castle, Judy Greer, Anthony Michael Hall, Nancy Stephens, Andi Matichak, Will Patton, Kyle Richards, Nancy Stephens, Robert Longstreet, and Charles Cyphers. 

Sekuel ini akan tiba di pawagam pada 15 Oktober 2021. Anda boleh tonton trailer Halloween Kills dibawah. 

Dalam sekuel yang akan datang, Haddonfield Memorial Hospital akan kembali ke kanon baru dengan Anthony Michael Hall bersedia memainkan peranan Tommy Doyle, yang pertama kali muncul sebagai kanak-kanak dalam filem asal Halloween. Watak versi dewasa sebelum ini dimainkan oleh Paul Rudd dalam The Curse of Michael Myers, filem keenam dari jalan cerita asal. Dunia baru Halloween menghindari sekuel itu, bagaimanapun, filem yang ditayangkan pada 2018 mengambil naratif selepas filem 1978.

Nurse Marion lakonan Nancy Stephens kembali dalam sekuel kali ini, bersama dua lagi watak dari filem asal iaitu Lonnie Elam lakonan Robert Longstreet dan Lindsey Wallace lakonan Kyle Richards. Pengarah dan komposer filem asal, John Carpenter turut kembali menyusun skor untuk Halloween Kills dan Halloween Ends.

David Gordon Green kembali sebagai pengarah dan tulis menulis skrip bersama Danny McBride (The Righteous Gemstones) dan Scott Teems.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Leave a Comment