
Tahun 2022 boleh dikatakan tahun Batman kerana tiga lelaran wira DC itu akan menghiasi layar perak tahun ini. Salah seorang dari mereka adalah pemenang Oscar, Michael Keaton.Â
Pelakon itu baru-baru ini berkongsi foto terbarunya sebagai Batman di Instagram, terus mengusik peminat mengenai kepulangannya sebagai Bruce Wayne/Batman.
Keaton akan membuat penampilan dalam dua projek DC yang akan datang, satu adalah filem terbitan Warner Bros. Pictures The Flash, yang akan ditayangkan di pawagam pada 4 November 2022, manakala satu lagi adalah filem HBO Max Batgirl yang kini sedang menjalani penggambaran di Glasgow, Scotland.Â
Batgirl akan berpusat pada watak Barbara Gordon, anak perempuan kepada pesuruhjaya polis Gotham City, James Gordon. Watak ini pertama kali dilihat dalam siri Batman pada tahun 1967 dengan mendiang Yvonne Craig memainkan watak itu. Penampilan pertama Batgirl dalam buku komik adalah menerusi Detective Comics #357 karya penulis Gardner Fox dan artis Carmine Infantino.
Filem aksi langsung ini juga akan menampilkan kepulangan pemenang Oscar J.K. Simmons (Zack Snyder’s Justice League) dan Michael Keaton (The Flash), yang bersedia untuk memainkan semula peranan masing-masing sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Bruce Wayne/Batman. Menyertai mereka ialah Jacob Scipio (Bad Boys for Life), dan Brendan Fraser (trilogi The Mummy) dalam peranan keduanya dengan DC Universe sebagai penjahat Firefly.
Pengarah Bad Boy for Life, Adil El Arbi dan Bilall Fallah akan mengarahkan filem terbaru DC ini berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Christina Hodson (Bumblebee, Birds of Prey, The Flash). Batgirl akan ditayangkan secara eksklusif di HBO Max.