Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Keaton Belum Mengesahkan Penglibatannya Dalam Filem The Flash

Beberapa bulan yang lalu, Vanity Fair telah melaporkan bahawa Michael Keaton bersedia untuk memainkan kembali peranan Batman dalam filem The Flash arahan Andy Muschietti. 

Peminat menjadi teruja selepas diberitakan bahawa Batman versi Tim Burton kembali ke layar perak. Namun, segalanya tergantung apabila Keaton mendedahkan perkembangan terbaru mengenai penglibatannya dalam filem The Flash. 

Ketika ditanya Jimmy Kimmel mengenai penglibatannya dalam filem DC akan datang, Keaton dengan ringkas menjawab “kita akan lihat”. Anda boleh lihat perbincangan mengenai Batman dalam video temubual dibawah (pada minit ke 4:20)

Saya tidak dapat mengesahkan apa-apa,” kata Keaton. “Kami sedang mengadakan perbincangan. Kami bercakap mengenainya dan kami akan lihat samaada ia berlaku.”

Advertising

Jadi, penglibatan Keaton masih belum disahkan, dan rundingan masih lagi berjalan. Diharapkan, kita dari maklumat lebih konkrit dimasa akan datang. 

Keaton pertama kali memainkan peranan Batman menerusi filem Batman arahan Tim Burton pada tahun 1989 dan meneruskan wataknya pada tahun 1992 menerusi filem Batman Returns yang juga diarahkan Burton.

Dalam sesi panel DC FanDome yang berlangsung pada September yang lalu, Anda dan Barbara Muchietti mendedahkan bahawa The Flash akan menjadi jambatan kepada semua filem-filem DC, dan membolehkan Warner Bros. untuk terus menggunakan pelakon asal dan dalam masa yang sama, mencari pelakon lain untuk watak yang sama tetapi dalam filem yang berbeza.

The Flash akan menemui penonton pada 3 Jun 2022.

Advertising

Related posts

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Kerry Washington & Charlize Theron Bintangi Filem Terbaru Netflix “The School for Good and Evil”

Kakimuvee

Leave a Comment