Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Keaton Bakal Kembali Sebagai Batman Dalam Filem THE FLASH

Sesuatu yang agak menarik bagi peminat DC yang sedang menantikan filem solo The Flash. The Wrap melaporkan bahawa filem arahan Andy Muschietti itu bakal menyaksikan kepulangan Michael Keaton sebagai Batman!

Pelakon berusia 68 tahun itu dilaporkan sedang dalam rundingan awal dengan Warner Bros. untuk mengulangi kembali peranannya sebagai Batman dalam filem solo The Flash.

Menurut sumber, sekirannya Keaton kembali sebagai Batman, ia tidak akan mempengaruhi filem The Batman arahan Matt Reeves kerana pihak studios masih menggangap Robert Pattinson sebagai Dark Knight dalam francais akan datang.

Sebaliknya, Keaton akan meneruskan kembali peranannya 30 tahun yang lalu selepas penonton kali terakhir melihatnya sebagai Batman dalam filem Batman Returns (1992). 

Laman The Hollywood Reporter turut menyebut, Keaton mungkin meneruskan watak Batman dalam beberapa filem akan datang dan akan bertindak sebagai ‘mentor’, mirip seperti Nick Fury dalam MCU. Batgirl mungkin salah satu projek yang melibatkannya.

Keaton pertama kali memainkan peranan Batman menerusi filem Batman arahan Tim Burton pada tahun 1989 dan meneruskan wataknya pada tahun 1992 menerusi filem Batman Returns yang juga diarahkan Burton.

Pada 2017 yang lalu, Warner Bros. telah mengumumkan bahawa filem The Flash akan diinsprasikan dari komik Flashpoint ciptaan Geoff Johns dan Andy Kubert. Plot Flashpoint telah diangkat dalam bentuk animasi berjudul Justice League: The Flashpoint Paradox pada tahun 2013, dan siri televisyen Arrowverse pada musim ketiga.

Adapatasi Flashpoint ke layar perak bakal memberi peluang kepada pihak studio untuk memperbetulkan kesinambungan DCEU yang kini berada dalam keadaan celaru.

The Flash telah dijadualkan tayangan pada 1 Julai 2022

Related posts

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee