Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Keaton Akan Menjadi Batman Utama DCEU?


Seperti yang peminat DCEU tahu, pelakon Michael Keaton akan kembali meneruskan peranan Batman dalam filem solo The Flash tidak lama lagi. Namun, dalam perkembangan terbaru, penampilan Keaton sebagai Batman bukan sekadar untuk satu filem sahaja, tetapi mungkin lebih dari itu. 

Menurut penulis New York Times Brooks Barnes, yang memetik kenyatan presiden DC Films Walter Hamada, Keaton akan menjadi Batman utama dalam DCEU, sekaligus menggantikan Ben Affleck.

Sebelum ini, Hamada telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan; Warner Bros. akan memiliki dua filem saga melibatkan Batman – dilakonkan oleh dua aktor berbeza – berjalan pada waktu yang sama.”

Apabila seorang pengguna Twitter meminta penjelasan Barnes mengenai satu lagi Batman yang dimaksudkan Hamada selain dari trilogi Robert Pattinson, Barnes mengesahkan … Batman itu adalah Keaton. 

Buat masa ini, kita tidak tahu apa perancangan Warner Bros. mengenai Batman DCEU selain dari trilogi The Batman lakonan Robert Pattinson.


Mungkin, penampilan Keaton sebagai Bruce Wayne yang sudah berusia membuka ruang untuk meneroka adaptasi siri animasi popular Batman Beyond atau buku komik klasik nukilan Frank Miller, “The Dark Knight Returns,” yang telah memiliki beberapa sekuel cetak selama beberapa tahun. 

The Flash menyaksikan Ezra Miller kembali sebagai Barry Allen / The Flash, disamping Michael Keaton dan Ben Affleck yang memainkan versi alternatif Bruce Wayne / Batman. Selain itu juga, Billy Crudup dilaporkan bakal kembali sebagai ayah kepada Barry Allen. 

The Flash akan memulakan penggambaran di United Kingdom pada April ini dan menemui penonton pada 4 November 2022.

Sumber: Coming Soon


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee