Selepas kecewa dengan trilogi pertama X-Men, pihak produksi, Fox membuat keputusan untuk menghasilkan soft reboot franchais berkenaan apabila memulakan storyline X-Men semasa mereka masih muda. Keputusan tersebut disambut baik oleh peminat apatah lagi mereka melihat Aktor terkenal, Michael Fassbender antara pelakon yang terlibat dalam trilogi kedua X-Men.
Fassbender yang membawa Magneto semasa muda telah memberi impak yang begitu baik kepada siri trilogi tersebut apabila ianya dianggap berjaya. Fassbender sehingga kini telah membuat 3 kemunculan dalam trilogi kedua X-Men apabila muncul dalam filem X-Men: First Class, X-Men: Days of Future Past dan yang terbaru , X-Men: Apocalypse.
Bagaimanapun, aktor berkenaan memberitahu kontraknya untuk filem X-Men telah berakhir apabila dia menjelaskan sudah melengkapkan kontraknya dengan membuat 3 kemunculan dalam filem trilogi tersebut.
Menurut laman web The Empire Film Podcast, Fassbender menjelaskan kedudukannya sebagai Magneto masih samar-samar samada pihak Fox mahu menyambung kontraknya untuk filem X-Men akan datang ataupun tidak.
“I don’t know to be honest. I haven’t made any sort of decision on it because I have no idea what’s happening next with the franchise to be honest.” – Michael Fassbender
Fox dikatakan mempunyai perancangan untuk membawa aktor berkenaan dalam filem keempat X-Men walaupun filem terakhir X-Men; Apocalypse dikatakan gagal dari segi komersial dan penerimaan peminat.
Jika Fox benar-benar ingin menggunakan khidmat Michael Fassbender, mereka hendak segera menandatangi kontrak bersama pelakon tersebut memandangkan ramai peminat berpuas hati dengan peranan sebagai Magneto dalam filem-filem X-Men.