Berita

Michael Douglas Kembali Sebagai Hank Pym Dalam Filem "Ant-Man 3"

Korang teruja dengan filem Ant-Man 3?

Views

Minggu lalu, telah diberitakan bahawa pengarah Peyton Reed kembali ke kerusi pengarahan untuk filem ketiga Ant-Man, dan berita terbaru yang diterima mengesahkan bahawa Michael Douglas akan kembali memainkan peranannya sebagai Hank Pym dalam filem sekuel akan datang.

Menurut Douglas ketika ditemubual wartawan Collider baru-baru ini, penggambaran filem Ant-Man 3 dijangka akan bermula pada Januari 2021. Ini sekaligus menguatkan lagi tekaan bahawa Ant-Man 3 akan ditayangkan sekitar tahun 2022/2023.

Paul Rudd dan  Evangeline Lilly akan meneruskan watak-watak masing sebagai Scott Lang / Ant-Man dan Hope Pym / The Wasp. Manakala penglibatan Michelle Pfeiffer dan Michael Peña dalam filem akan masih lagi tidak diketahui, tetapi peminat mungkin menjangkakan mereka akan kembali membawa watak mereka sebagai Janet Van Dyne dan Luis.

Setakat ini, plot filem masih lagi tersimpan rapi di dalam Quantum Realm, tetapi terdapat kemungkinan ia akan memperkenalkan watak Stature . Dalam filem Avengers: Endgame yang lalu, pelakon Emma Fuhrmann telah memainkan peranan sebagai watak remaja Cassie Lang, dan karakter tersebut berpotensi untuk menjadi salah seorang ahli "Young Avengers."

Dalam versi komik, Cassie Lang telah menggunakan alias Stature yang memiliki abiliti seperti ayahnya, Scott Lang.

Kepada peminat-peminat MCU, adakah anda teruja dengan filem Ant-Man 3?

shares
Enable Notifications    Ok No thanks