Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Cera & Issa Rae Sertai Filem Aksi-Langsung “Barbie”


Penggambaran filem aksi-langsung Barbie diteruskan di United Kingdom, dan Warner Bros. Pictures terus mengembangkan lagi barisan pelakonnya dengan pertambahan tiga lagi pelakon bintang.

Menurut People Magazine, calon Emmy, Issa Rae (Insecure) dan Michael Cera (Scott Pilgrim vs. The World) telah disahkan menyertai Margot Robbie dan Ryan Gosling dalam adaptasi permainan ikonik Mattel itu. 

Sementara Variety mendedahkan, bintang Transparent, Hari Nef turut dipilih untuk menyertai filem akan datang. Buat masa ini, butiran lanjut mengenai watak mereka masih belum diketahui. 

Berdasarkan patung popular Mattel, filem live-action Barbie akan diterajui oleh calon Oscar, Margot Robbie (I, Tonya, The Suicide Squad), yang juga berperanan sebagai produser melalui syarikatnya LuckyChap. Perincian lebih lanjut mengenai plot dan wataknya masih belum didedahkan, tetapi penggambaran dijangka akan dimulakan pada awal tahun depan di Warner Bros. Leavesden Studios di London. Studio itu dilaporkan merancang untuk melancarkan filem Barbie pada 2023.

Ini merupakan kerjasama terbaru Margot Robbie dan Warner Bros. Pictures selepas muncul sebagai watak kegemaran peminat Harley Quinn dalam filem Suicide Squad, Birds of Prey dan yang terbaru, The Suicide Squad.


Barbie pada awalnya dibangunkan di Sony selama beberapa tahun terakhir, bersama Amy Schumer dan kemudian Anne Hathaway yang pada mulanya dalam perbincangan untuk membintangi filem itu, sementara Diablo Cody juga dilaporkan untuk menulis lakon layar. Walau bagaimanapun, pembangunan projek ini akhirnya dipindahkan ke Mattel Films dan Warner Bros. Pictures.

Barbie dijangka tayang pada tahun hadapan.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee