Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaStreaming

Michael Cera Bakal Kembali Dalam Siri Anime Netflix Scott Pilgrim


Michael Cera dan kebanyakkan bekas pelakon Scott Pilgrim vs. The World bakal bersatu dalam siri anime Netflix yang akan datang, Scott Pilgrim Takes Off. 

Bercakap kepada Decider, Cera menyifatkan kepulangannya itu sebagai “pelik, tetapi sangat menyeronokkan”. 

“Ia pelik dan sangat menyeronokkan,” kata Cera. “Scott Pilgrim mempunyai tenaga khusus. Keseluruhan projek, seluruh dunia Scott Pilgrim, sangat bertenaga dan sangat lucu.”

Cera tidak mendedahkan banyak butiran mengenai projek itu, tetapi mengatakan bahawa para pelakon merakam suara untuk setiap babak, yang membolehkan mereka melihat adegan yang mereka lakonkan di skrin dan mendengar dialog dari pelakon lain.

Dia juga memuji Bryan Lee O’Malley (yang menulis novel grafik Scott Pilgrim) untuk hasil kerjanya pada siri baharu itu.


“Setiap kali saya merakamnya, saya perlu menghantar e-mel kepada Brian dengan mengatakan, ‘Saya sangat menyukai ini. Saya sangat teruja mengenainya,'” kata Cera.

Ditulis dan diilustrasikan oleh O’Malley, siri Scott Pilgrim pada asalnya diterbitkan untuk enam novel grafik dari Ogos 2004 hingga Julai 2010.

Buku-buku itu sebelum ini diadaptasi ke dalam bentu filem aksi langsung pada 2010 yang bertajuk Scott Pilgrim vs. the World, arahan Edgar Wright. 

Kebanykkan pelakon utama dari filem asal akan kembali membawa watak masing-masing. 

Mereka terdiri daripada Michael Cera sebagai Scott Pilgrim, Mary Elizabeth Winstead sebagai Ramona Flowers, Satya Bhabha sebagai Matthew Patel, Kieran Culkin sebagai Wallace Wells, Chris Evans sebagai Lucas Lee, Anna Kendrick sebagai Stacey Pilgrim, Brie Larson sebagai Envy Adams, Alison Pill sebagai Kim Pine Plaza sebagai Julie Powers, Brandon Routh sebagai Todd Ingram, Jason Schwartzman sebagai Gideon Graves, Johnny Simmons sebagai “Young” Neil Nordegraf, Mark Webber sebagai Stephen Stills, Mae Whitman sebagai Roxie Richter dan Ellen Wong sebagai Knives Chau.


Related posts

Kejayaan Filem Pertama Dorong Netflix Pesan Filem Sekuel Troll

Kakimuvee

Teaser Trailer Percy Jackson and The Olympians Pratonton Adaptasi Terbaru Disney+

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Anime Yang Dinantikan “TOKYO REVENGERS: TENJIKU ARC” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 4 Oktober Ini

Kakimuvee

Penerbit Sahkan Skrip Musim 2 One Piece Telah Siap

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee