Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Bay Terbit Filem Bertemakan Pandemik Thriller Berjudul SONGBIRD

Pengarah Transformers Michael Bay akan bekerjasama dengan bekas Ketua Penerbitan Paramount, Adam Goodman untuk menerbitkan sebuah filem berbudget rendah bertemakan pandemik thriller berjudul Songbird. 

Tidak banyak butiran lanjut mengenai filem ini, tetapi menurut portal DeadlineSongbird akan menggunakan konsep seperti filem Paranormal Activity dan Cloverfield. 

Filem ini ditetapkan dua tahun dari masakini dimana pandemik tidak dibendung dan menjadi semakin teruk serta bermutasi. Para karakter akan berhadapan dengan situasi dikurung, konspirasi kerajaan dan paranoia.

Penggambaran akan bermula tidak lama lagi dengan mematuhi SOP yang ketat dan mempraktikan penjarakan sosial. Pelakon juga akan menjalani latihan secara jarak jauh.

Songbird akan diarahkan Adam Mason (Into the Dark) berdasaarkan skrip yang ditulis Simon Boyes.

Related posts

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Leave a Comment