Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Bay Dedahkan Idea Plot Filem Sekuel The Rock

Satu ketika dulu Michael Bay pernah menghasilkan sebuah filem aksi yang cukup diminati ramai iaitu The Rock yang diterbitkan pada tahun 1996.

Dibintangi oleh Nicholas Cage dan Sean Sean Connery, filem berkenaan mengenai pegawai FBI, Stanley Goodspeed (Lakonan Nicholas Cage) dan bekas anggota SAS, John Patrick Mason lakonan Sean Connery yang berjaya menumpaskan sekumpulan anggota tentera Marine US yang belot di penjara Alcatraz.

Selepas dari filem tersebut, tiada sekuel dihasilkan oleh pengarah terbabit. Namun baru-baru ini, Michael Bay mengumumkan filem aksi berkenaan akan dihasilkan sekuel tidak lama lagi. Tentu anda tertanya-tanya adakah filem ini akan bersambung dari kisah yang dahulu ataupun sebuah plot yang baru.

Semasa ditemubual oleh Slashfilm, Michael Bay ditanya mengenai plot filem kedua The Rock, ini yang dikongsikan oleh pengarah terbabit.

The sequel that I have in my mind for this movie is basically after Nic Cage is married to Carla, they drive off”, 

“Nic Cage has this microfilm of all this bad government confidential [info], like, who killed JFK? The government comes after Nic Cage with a vengeance. We’re talking out to kill. It turns into more of a thriller. Nic Cage has nowhere to turn, because he’s been stabbed in the back by the government, and they’re after him. Maybe he takes Carla, I’m not sure. Maybe they separate. I’d really like to separate Nic and Carla, and have Nic try to employ the help of Sean Connery. Basically, taking The Rock off exactly where it left off”. – Slashfilm

Berdasarkan idea yang diberikan oleh Michael Bay, filem The Rock 2 akan menyambung dari apa yang ditunjukan dalam babak penghujung filem sebelum itu dimana Stanley Goodspeed dan Carla telah menjumpai filem yang mengandungi pelbagai rahsia besar kerajaan US yang disembunyikan oleh Mason.

Goodspeed dan Carla akan diburu oleh kerajaan kerana memiliki filem tersebut dan Goodspeed akan meminta bantuan Mason untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun filem ini masih dalam perancangan. Mungkin hanya salah seorang pelakon asal akan kembali dalam filem ini memandangkan Sean Connery dilaporkan sudah lama bersara dari berlakon filem.

The Rock merupakan salah satu filem aksi Hollywood yang paling popular pada zaman era-90an dan diharap Michael Bay dapat hasilkan filem ini setanding dengan filem terdahulu.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment