You are here Home » Michael Bay Bakal Mengarahkan Filem Terbaru Berjudul Black 5

Michael Bay Bakal Mengarahkan Filem Terbaru Berjudul Black 5

Bekas pengarah francais filem Transformers, Michael Bay dilaporkan bakal mengarahkan filem terbaru terbitan Sony Pictures berjudul Black 5. Menurut sumber dari laman Variety, plot filem masih masih tidak didedahkan, tetapi filem tersebut dikatakan sarat dengan dengan aksi, yang mana agak sesuai dengan gaya pengarahnya.

Skrip filem akan ditulis oleh Ehren Kruger, manakala Bay akan turut menjadi penerbit bersama rakan penerbitnya dari filem 13 Hours, Erwin Stoff. Produksi filem Black 5 dijangka akan bermula awal tahun 2020.

Bay dikenali menerusi beberapa filem terkenal termasuklah Armageddon, Pearl Harbor, francais Transformers, Pain & Gain sertai 13 Hours. Projek terbaru beliau adalah filem 6 Underground yang dibintangi pelakon Ryan Reynolds serta filem Robopocalypse yang ditulis oleh Drew Goddard dan diterbitkan Steven Speilberg.

Setakat ini, senarai pelakon serta tarikh tayangan filem Black 5 masih belum diumumkan oleh pihak studio.

BACA:  Finn Cole, Anna Sawai & Vinnie Bennett Read Sertai Barisan Pelakon Fast & Furious 9
Loading...