Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael B Jordan Terbitkan Filem Adiwira DC STATIC SHOCK

Bintang filem Black Panther, Michael B Jordan, 33, sedia menakluk ‘alam semesta’ untuk orang berkulit hitam apabila DC memberikan mandat kepadanya menerbitkan filem adiwira, Static Shock.

Jordan menyifatkan peluang itu satu penghormatan besar terutama apabila filem terbabit akan mengetengahkan adiwira berkulit hitam.

Sehubungan itu, Jordan berjanji syarikat produksinya, Outlier Society akan menghasilkan yang terbaik.

Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada pembina baharu ‘alam semesta’ yang memfokuskan kepada orang berkulit hitam. Komuniti kami berhak mendapat peluang ini.

“Outlier Society sangat komited untuk menghidupkan watak dari komik itu. Kami juga teruja menjadi rakan kongsi Reggie dan Warner Bros dalam memulakan langkah ini,” katanya.

Terdahulu, pengarah Reginald Hudlin mendedahkan mengenai penerbitan filem Static Shock pada Ogos lalu di program DCFanDome.

Static Shock mula diperkenalkan pada 1993 oleh Milestone Comics dan diedarkan DC. Syarikat terbabit dipelopori penulis berkulit hitam yang bertujuan menghasilkan komik lebih kepada kepelbagaian warna kulit.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

“Nomadland” & “Borat Subsequent Moviefilm” Ketuai Senarai Pemenang Golden Globes 2021

Isqandar

Warner Bros. Reboot Filem Superman, J.J. Abrams Jadi Penerbit

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman