Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael B. Jordan Mungkin Akan Kembali Sebagai Kilmonger Dalam Marvel Cinematic Universe

Walaupun wataknya dimatikan dalam filem Black Panther, Michael B. Jordan mendedahkan beliau mungkin akan kembali dalam Marvel Cinematic Universe sebagai Kilmonger.

Beliau mendedahkan pekara demikian semasa di majlis Anugerah MTV yang berlangsung hari ini.

“I mean, I’m a fan of Marvel, of comic books, everybody knows that, so if there was ever an opportunity to come back and join this universe and work with Joe Russo or Kevin Feige and Victoria [Alonso] and everyone over there at Marvel, reteam with Ryan [Coogler] you know, of course, I would,”

Pretasi lakonan Michael B. Jordan sebagai Kilmonger dalam filem Black Panther benar-benar mencuri perhatian dan mendapat pujian para penonton terutamanya peminat filem Marvel.

Lakonannya yang berkualiti dianggap berbaloi apabila beliau berjaya merangkul anugerah Penjahat Terbaik dalam anugerah MTV Movie & TV Awards. Turut merangkul anugerah dalam majlis tersebut adalah Chadwick Boseman yang berjaya merangkul Pelakon Terbaik dan Hero Terbaik, manakala Black Panther dipilih Filem Terbaik MTV Movie & TV Awards.

Kepada peminat-peminat filem Marvel, apa pendapat anda mengenai lakonan Michael B. Jordan sebagai Kilmonger?

Related posts

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

Leave a Comment