Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael B. Jordan Kembali Dalam Filem “Black Panther 2”?

Erik Killmonger masih hidup?

Nampaknya peminat akan melihat kemunculan semula Erik Killmonger dalam filem Black Panther 2. Menurut FandomWire, pelakon Michael B. Jordan dilaporkan akan kembali dalam filem sekuel arahan Ryan Coogler itu.

Cuma, bagaimana Killmonger kembali masih lagi tidak diketahui. FandomWire memberi beberapa cara untuk watak penjahat itu kembali dalam filem akan datang, seperti kemunculan dalam babak ‘flashback’, versi ‘mutliverse’ Killmonger atau, mungkin dia tidak mati selepas bertarung dengan Black Panther di penghujung filem pertama. 

Black Panther 2 dibintangi Letitia Wright, Lupita Nyong’o, Winston Duke dan Angela Bassett. Bintang Narcos Mexico, Tenoch Huerta dilaporkan sedang dalam rundingan dengan pihak studio untuk membawa peranan antagonis utama.

Advertising

Setakat ini tidak dipastikan siapa yang memainkan peranan Black Panther. Marvel Studios pernah menyatakan pendirian untuk tidak mahu mencari pengganti Boseman atau menggunakan pengimejan digital. Berkemungkinan besar, Shuri (Letitia Wright) akan mengambil alih mantel Black Panther.

Berdasarkan komik Marvel Black Panther karya Stan Lee dan Jack Kirby, filem pertama diarahkan Ryan Coogler dan dibintangi mendiang Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Forest Whitaker, Danai Gurira, Daniel Kaluuya, Angela Bassett, Martin Freeman, Letitia Wright, Winston Duke, dan Andy Serkis.

Penggambaran dijangka bermula pada 20 Julai ini di Atlanta, Amerika Syarikat. Black Panther 2 akan ditayangkan pada 6 Mei 2022.

Advertising

Related posts

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Kerry Washington & Charlize Theron Bintangi Filem Terbaru Netflix “The School for Good and Evil”

Kakimuvee

Leave a Comment