Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

MGM Tunda Tarikh Tayangan Sekuel TOM RAIDER

Dengan pandemik global yang masih menyebabkan banyak pawagam ditutup dan menganggu proses produksi, studio MGM membuat keputusan untuk menunda tarikh tayangan filem sekuel Tomb Raider lakonan Alicia Vikander. 

Menurut laporan The Wrap, sekuel Tomb Raider yang sepatutnya memulakan produksi awal tahun hadapan dan ditayangkan pada 19 Mac 2021, telah ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak. 

Tomb Raider diarakan Ben Wheatley (High Rise, Free Fire) dan dibintangi Alicia Vikander yang memainkan peranan utama. Skrip ditulis oleh Amy Jump, yang mana Wheatley dan Jump telah bekerjasama dalam projek High Rise, Free Fire, A Field in England, Sighteers dan Kill List. 

Filem remake Tomb Raider telah diterbitkan pada 2018 dan berjaya meraih $274.7 juta dolar seluruh dunia. Filem tersebut memaparkan kisah awal Lara Croft dimana dia perlu menyelesaikan misteri kematian ayahnya dan dalam masa yang sama menghalang sebuah organisasi jahat yang cuba mendapat sesuatu yang mampu memberi ancaman kepada umat manusia.

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment