Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

MGM ‘Tular’kan Gambar Pertama Filem Animasi Addams Family

Metro Goldwyn Mayer Pictures (MGM) telah mengeluarkan gambar pertama filem ‘reboot’ animasi berjudul The Addams Family. Anda boleh lihat gambar tersebut diatas

Canrad Vernon yang terkenal sebagai pelakon suara dan pengarah filem-filem animasi seperti Shrek 2, Monsters vs Aliens dan Madagascar 3: Europe’s Most Wanted akan mengarahkan filem animasi ini bersama-sama Greg Tiernan. Oscar Isaac akan menjadi pelakon suara utama dengan membawakan suara Gomez Addams. Beliau juga akan disertai oleh Charlize Theron yang akan membawa suarah Morticia Addams, Chloë Grace Moretz sebagai Wednesday Adams, Finn Wolfhard sebagai Pugsley Addams, Nick Kroll sebagai Uncle Fester, Bette Midler sebagai Grandmama dan Allison Janney sebagai musuh ketat Addams Family iaitu Margaux Needler.

 The Addams Family ditulis oleh Matt Lieberman berdasarkan dari siri kartun The Addams Family. 

Filem animasi ini dijangka akan ditayangkan di US pada 11 Oktober 2019, untuk pasaran antarabangsa tidak diketahui lagi buat masa ini.

 

Related posts

Warner Bros. Rancang Filem “Harry Potter and the Cursed Child”?

Kakimuvee

Filem Terbaru “Star Trek” Akan Ditulis Kalinda Vazquez

Kakimuvee

Manga “Hellsing” Diangkat Ke Filem Dari Pencipta John Wick & Amazon Studios

Kakimuvee

Pandangan Pertama Jane Foster & Valkyrie Di Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

“F9: The Fast Saga” Ditunda Lagi”

Kakimuvee

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Kakimuvee