Official Trailer

Meryl Streep Memberi Nasihat Kepada Saoirse Ronan Dalam Klip Filem Little Women

Views

Sony Pictures telah melancarkan klip terbaru filem Little Women arahan Greta Gerwig yang memaparkan Aunt March lakonan Meryl Streep memberi nasihat mengenai kehidupan kepada Jo March lakoan Saoirse Ronan. Anda boleh saksikan klip filem tersebut dipemain video dibawah.

Berlatarbelakangkan pada tahun 1860an di Massachusetts, Amerika Syarikat selepas Perang Saudara, Little Women berkisarkan tentang kehidupan tiga beradik perempuan iaitu Meg, Jo dan Amy selepas berpindah keluar dari rumah keluarga mereka.

Filem ini diadaptasikan dari novel klasik berjudul sama karya Loiusa May Alcott. Novel ini telah diadaptasikan beberapa kali termasuklah dalam bentuk pementasan drama, musikal opera dan siri televisyen.

Little Women dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Saoirse Ronan, Emma Watson, Florence Pugh, Eliza Scanlen, Timothée Chalamet, Laura Dern, dan Meryl Streep.

Peminat dijangka dapat menyaksikan filem ini dipawagam tempatan pada 13 Februari tahun hadapan.

Tinggalkan Balasan

shares