Official Trailer

Mereka Perlu Menyelamatkan Shaggy & Scooby-Doo Dalam Trailer Terbaru SCOOB!

Views

Warner Bros. Animation telah melancarkan trailer kedua yang juga terakhir filem animasi Scoob yang menayksikan Fred, Daphne dan Velma perlu mengejar masa mencari Shaggy dan Scooby-Doo yang diculik. Anda boleh saksikan trailer menerusi pemain video dibawah.

Scoob ditulis oleh Matt Lieberman (The Addams Family) dan diarahkan oleh Tony Cervone (Space Jam). Ianya mengisahkan tentang kumpulan penyiasat misteri yang perlu bergabung dengan karakter dari ‘universe’ Hanna-Barbera yang lain dalam usaha menyelamatkan dunia dari supervillain Dick Dastardly.

Barisan pelakon terdiri daripada Zac Efron sebagai Fred Jones, Amanda Seyfried sebagai Daphne Blake, Will Forte sebagai Norville “Shaggy” Rogers, Gina Rodriguez sebagai Velma Dinkley, Tracy Morgan sebagai Dick Dastardly dan Frank Welker sebagai Scooby-Doo. Turut sertai barisan pelakon adalah Mark Wahlberg dan Jason Issacs serta Ken Jeong dan Kiersey Clemons.

Scoob akan ditayangkan pada 15 Mei 2020.

Tinggalkan Balasan

shares