Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Tempatan

Mereka Kembali Beroperasi Dalam Teaser Terbaru Kopitiam: Double Shot

BTS Kopitiam: Double Shot

Viu Malaysia melancarkan teaser trailer terbaru sitkom Kopitiam: Double Shot yang memberikan rakaman terbaru sitkom yang pernah mencetuskan fenomena hiburan tanah air. Anda boleh saksikan teaser tersebut dipemain video dibawah.

Kopitam: Double Shot akan berkisarkan tentang Kopitam yang pernah dimiliki oleh Marie, dan kini menjadi milik Steven. Baru sahaja merancang untuk menjual perniagaan yang tidak disukainya, beberapa pelanggan tetap kopitiam menawarkan diri untuk mengambilalih perniagaan.


Alia dan rakan baiknya, Seleb bersama-sama Tim, seorang chef, Baboo – pekerja yang tidak mahu diberhentikan dan bintang Hollywood terkenal, Jo telah bergabung tenaga untuk mengembalikan zaman kegemilangan kopitam yang semakin dilupakan.

Douglas Lim dan Rashid Salleh kembali membawakan watak mereka dari sitkom asal sebagai Steven dan Jo. Mereka turut disertai beberapa pendatang baru iaitu Sharifah Amani sebagai Alia, Melissa Campbell sebagai Seleb, Harvinth Skin sebagai Tim dan Charles Roberts sebagai Baboo.

Sitkom 10 episod ini diterbitkan Min Lim dan akan disiarkan di platform penstriman video Viu pada 28 November ini.

Related posts

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Leave a Comment