Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Mereka Bermatian Untuk Selamatkan Dunia Dalam Trailer “The Suicide Squad”

Selepas lama menunggu, akhirnya trailer pertama The Suicide Squad telahpun dilancarkan, berserta poster karakter terbaru yang dikongsikan James Gunn menerusi laman Twitter miliknya. Trailer ‘R-rated’ itu memaparkan pandangan pertama “The Suicide Squad” dengan menampilkan penjahat Mateo Suarez (Joaquín Cosío), The Thinker (Peter Capaldi) dan debut Starro. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah. 

“The Suicide Squad” dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru DC Extended Universe ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran berfungsi sebagai penerbit. The Suicide Squad akan ditayangkan pada 6 Ogos 2021.

Sinopsis Rasmi:

“Welcome to hell — a.k.a. Belle Reve, the prison with the highest mortality rate in the US of A. Where the worst Super-Villains are kept and where they will do anything to get out—even join the super-secret, super-shady Task Force X. Today’s do-or-die assignment? Assemble a collection of cons, including Bloodsport, Peacemaker, Captain Boomerang, Ratcatcher 2, Savant, King Shark, Blackguard, Javelin and everyone’s favorite psycho, Harley Quinn. Then arm them heavily and drop them (literally) on the remote, enemy-infused island of Corto Maltese.

Trekking through a jungle teeming with militant adversaries and guerrilla forces at every turn, the Squad is on a search-and- destroy mission with only Colonel Rick Flag on the ground to make them behave…and Amanda Waller’s government techies in their ears, tracking their every movement. And as always, one wrong move and they’re dead (whether at the hands of their opponents, a teammate, or Waller herself). If anyone’s laying down bets, the smart money is against them—all of them.”

Related posts

Hulu Lancar Trailer Animasi “Marvel’s M.O.D.O.K”

Kakimuvee

Zack Snyder’s Justice League Bantu HBO Max Tarik 3 Juta Pelanggan

Isqandar

Russell Crowe Bawa Watak Zeus Dalam “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Josh Ruben Hidupkan Permainan Video Seram Ubisoft Dalam Trailer “Werewolves Within”

Kakimuvee

Trailer “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” Telah Dilancarkan, Akan Berstatus ‘R-rated’

Kakimuvee

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee