Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Menukar Antara Muka Pengguna Netflix Dari Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu

Wahai geng Netflix! Saat yang kita semua tunggu akhirnya tiba. 

Netflix melancarkan antara muka pengguna (UI) miliknya dalam Bahasa Melayu. Pilihan terbaru ini membolehkan ahli-ahli di Malaysia mengemudi UI, membaca judul serta sinopsis, dan menonton rancangan serta filem yang disayangi dengan sari kata dan alih suara Bahasa Melayu termasuk Stranger Things 3, The Umbrella Academy Season 2 dan Kingdom: Season 2. 

Kawan tak akan tipu. Ahli Netflix boleh menikmati pengalaman serba lengkap dalam Bahasa Melayu, daripada daftar masuk hinggalah ke ruangan carian, kutipan dan pembayaran untuk semua peranti di dalam komputer peribadi, TV atau pelayar mudah alih mereka. 

Jadi, macam mana ahli Netflix boleh menukarkan antara muka pengguna dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu? 

Langkah 1 – Log masuk kepada akaun Netflix anda pada Netflix.com dari pelayar mudah alih 

Langkah 2 – Pilih profil anda dan pilih Pengurusan profil

 

Langkah 3 – Klik menu bahasa lungsur turun dan pilih Bahasa Melayu 

Langkah 4 – Ahli baru boleh memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan semasa proses pendaftaran ahli.

Ahli baru boleh memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan ketika proses pendaftaran ahli.

Menikmati rancangan serta filem dengan sari kata dan alih suara Bahasa Melayu dengan mudah. 

Ahli Netflix boleh menetapkan sehingga lima profil untuk setiap akaun, dan setiap profil berkenaan boleh mempunyai tetapan bahasanya yang tersendiri. Ahli Netflix di luar Malaysia juga boleh memilih untuk menukar antara muka pengguna mereka ke Bahasa Melayu. 

Tunggu apa lagi? Nikmati Netflix dengan cara yang baru, kini dalam Bahasa Melayu di sini.  

 

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment