
Dengan tinggal satu episod sahaja lagi, drama Lie After Lie telah memecahkan rekodnya sendiri dan mencapai rating tertinggi dalam sejarah Channel A.
Pada 23 Oktober, drama popular itu sekali lagi mencapai rating tertinggi menjelang episod terakhirnya. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru Lie After Lie telah mendapat purata skor sebanyak 6.4 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi dan rekod rangkaian Channel A secara keseluruhannya.
Sementara itu, drama SBS, Alice yang turut menyiarkan episod terakhirnya pada 24 Oktober, telah mendapat purata skor rating sebanyak 5.9 peratus dan 7.0 peratus untuk episod terbarunya.
Akhir sekali, drama JTBC, More Than Friends telah mencatatkan purata rating sebanyak 1.3 peratus untuk episod terbarunya.
Sumber: Soompi