
Trailer terakhir The Flash telah dilancarkan Warner Bros., menjelang tayangan pawagam filem itu pada 16 Jun ini. Filem tersebut akan dibinttangi Ezra Miller sebagai watak utama dan menyaksikan kepulangan Michael Keaton yang kembali meneruskan peranannya sebagai Batman/Bruce Wayne.
Anda boleh tonton trailer terakhir The Flash dibawah:
“Barry Allen / The Flash mengembara ke masa lalu untuk menghalang pembunuhan ibunya, yang menyebabkan dia terperangkap dalam realiti alternatif tanpa metahuman,” menurut sinopsis.
Dia meminta bantuan Batman dan Supergirl daripada realiti alternatif untuk menyelamatkan dunia barunya itu daripada Jeneral Zod dan kembali ke alam semestanya”
The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League.
Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Sasha Calle sebagai Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen.
The Flash akan ditayangkan pada 16 Jun 2023.